Breaking News
Home » Uncategorized » Tiket Konsert Fenomena Search Untuk Dimenangi

Tiket Konsert Fenomena Search Untuk Dimenangi

Peluang untuk memenangi tiket percuma konsert fenomena 30 tahun Search.Cuma perlu lengkapkan slogan dan jawab 2 soalan mudah.Selain itu, buat anda yang ingin memenangi tiket ke konsert Search, anda cuma menjawab dengan tepat dua soalan dibawah dan berikan slogan paling kreatif. Emelkan jawapan anda beserta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada eekee@gua.com.my sebelum 13 Disember 2011.

Soalan dan slogan kreatif
1. Namakan album pertama SEARCH dan tahun ia dikeluarkan.
2. Namakan album pertama SEARCH dalam bentuk cakera padat dan tahun ia dikeluarkan.
3. Slogan: Tiada yang setanding Search kerana…(tidak melebihi 15 patah perkataan)

Dan anda perlu penuhi beberapa syarat.
a) Setiap pemenang akan memenangi sepasang tiket ke KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di lokasi pilihan masing-masing samada di Johor Bahru atau Kuala Lumpur;

b) Pemenang perlulah menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat dan memberikan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan;

c) Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan;

d) Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini;

e) Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja;

f) Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

Sumber Gua.com.my

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *