Breaking News
Home » Info Sukan » Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah. Dua pasukan telah pun layak ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 yang dijadualkan pada 4 November di Stadium Shah Alam. Apabila tiba perlawanan akhir, perkara utama yang menjadi buruan adalah tiket. Persoalannya adakah penganjur dapat menjalankan sesi penjualan tiket dengan lebih baik kali ini. Tidak kira di stadium atau pun tiket online.

Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah
Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

Tiket final Piala Malaysia 2017 sudah pasti akan laris seperti goreng pisang panas. Dengan perlawanan pula membabitkan dua pasukan yang mempunyai penyokong yang ramai seperti Kedah dan JDT, sudah pasti kesesakan akan berlaku jika penjualan tiket gagal dijalankan dengan baik.

Berapakah agihan tiket kali ini ? Harga tiket pula berapa? Ada jual secara online ke? Bila tiket akan dijual? itu adalah persoalan yang akan bermain di fikiran peminat dan penyokong. Berikut adalah beberapa info penting berkaitan tiket final Piala Malaysia 2017 yang telah dikeluarkan oleh Football Malaysia LLP.

Harga Tiket
Harga tiket masih kekal seperti tahun sebelumnya iaitu RM50 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. Jadi anda sudah boleh buat kira-kira berapa modal yang anda perlukan untuk perlawanan akhir JDT vs Kedah pada 4 November 2017 ini.

Peruntukan Tiket Untuk Setiap Pasukan
Untuk setiap pasukan akan diberikan sebanyak 30 ribu tiket dewasa dan 750 untuk kanak-kanak. Tiket ini akan dijual di kaunter stadium masing-masing. Selain itu peruntukan untuk tiket online adalah 4000 setiap pasukan untuk dewasa sahaja. Jadi semuanya adalah 34 ribu.

Tiket Online Final Piala Malaysia 2017
8000 tiket akan dijual atas talian dengan setiap pasukan akan mendapat 4000 tiket. Untuk mengelakan berlakunya pembelian oleh orang lain yang bukan penyokong pasukan, pembelian online akan dijalankan mengikut kod negeri pada mykad. Jadi hanya yang mempunyai mykad kod kedah dan Johor sahaja yang dapat membeli atas talian. 1 transaksi hanya boleh beli 4 tiket sahaja.

Namun untuk kali ini, penyokong neutral dan pengumpul tiket perlawanan suku akhir dan separuh akhir diberikan keistimewaan dengan 2000 tiket online diperuntukan untuk mereka.

500 tiket online untuk kanak-kanak akan turut dijual.

Memetik satu kenyataan oleh FMLLP di page rasmi mereka..

Manakala jualan tiket online mengikut IC negeri adalah 4000 tiket setiap pasukan manakala penyokong neutral dan pemegang tiket QF dan SF adalah 2000. Keputusan ini dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat bersama wakil pasukan dan penyokong.

tiket online final piala malaysia 2017
Tiket online final piala malaysia 2017

Tiket Online akan mula dijual pada 30 Oktober 2017 bermula jam 10 pagi. Laman jualan akan diberitahu kelak. ( Anda digalakkan rujuk laman facebook FMLLP untuk maklumat terkini. )

Waktu Dan Lokasi Penebusan Tiket Online
Penebusan tiket yang dibeli secara online boleh dibuat bermula 1 hingga 4 November 2017 di Kuadran A Stadium Shah Alam. Waktu penebusan jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Waktu Dan Tempat Jualan Tiket di Kaunter
Untuk tiket dikaunter akan mula dijual pada 1 November 2017 jam 9.00 pagi di negeri masing-masing. Tiket untuk penyokong JDT akan dijual di Stadium Larkin manakala Stadium Darul Aman untuk penyokong Kedah. Tiada jualan di Stadium Shah Alam.

Diatas adalah serba sedikit info Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah yang akan berlangsung pada 4 November 2017. Jadi anda sudah boleh bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan untuk mendapatkan tiket.

Segala info diatas adalah berdasarkan info yang dikeluarkan oleh FMLLP dan mungkin boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu anda digalakan merujuk pada laman facebook FMLLP untuk maklumat terkini.

Check Also

separuh akhir piala malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Malaysia 2017. Hari 15 Oktober ini akan berlangsung saingan separuh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *