Home » Info Sukan » Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah. Semua sudah sedia maklum bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia akan melibatkan Selangor dan Kedah pada 30 Oktober 2016. Aksi final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam ini merupakan perlawanan ulangan seperti tahun lepas.

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor vs Kedah dan Pembelian Secara Online

Buat peminat dan penyokong Selangor dan Kedah sudah pasti tidak sabar untuk menantikan aksi ini. Apa yang perlu sekarang adalah mendapatkan tiket perlawanan akhir sama ada menerusi kaunter atau secara online. Siapa lambat pasti melepas. Info tiket Final TM Piala Malaysia 2016 adalah seperti dibawah.

HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2016
Tiket dijual RM50 termasuk GST untuk semua tempat duduk.
Harga tiket kanak-kanak 6-12 tahun RM5 termasuk GST.

JUMLAH DAN AGIHAN TIKET
Jumlah keseluruhan adalah 70,000 keping tiket.
2,000 keping tiket kanak-kanak berumur 6-12 tahun.
30,000 keping tiket dan 750 tiket kanak-kanak diperuntukkan untuk setiap pasukan iaitu Kedah dan Selangor.
10,000 keping untuk jualan secara online dengan Kanak-kanak berumur 6-12 tahun sebanyak 500 keping sahaja.

TARIKH PENJUALAN DI KAUNTER DAN TIKET ONLINE
Tarikh jualan tiket dijual serentak menerusi kaunter dan online pada 26 Oktober Rabu jam 10:00 pagi.

Tiket online boleh dibeli menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan penebusan boleh dibuat di Lobi Utama Stadium Malawati Shah Alam.
Tarikh dan Masa penebusan tiket online
27-29 Oktober Khamis-Sabtu 10:00 am – 6:00 pm
30 Oktober Ahad 10:00 am – 7:00 pm

PINTU MASUK STADIUM
Penyokong Selangor pintu Quadrant A & B.
Penyokong Kedah pintu Quadrant C & D.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

4 comments

  1. hasmifazly bin yaacob

    2 tiket perlawanan akhir tm piala malysia kedah vs selangor 30-10-2016

  2. hasmifazly bin yaacob

    tempah tiket final piala malaysia 2016

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *