Home » Info Sukan » Tiket Final Piala FA 2015 Online

Tiket Final Piala FA 2015 Online

Tiket Final Piala FA 2015 Online. Saingan Piala FA 2015 sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada 23 Mei 2015 yang membabitkan pasukan Kelantan vs Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk perlawanan ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 30,000 tiket untuk setiap pasukan manakala 20,000 tiket lagi akan dijual atas talian atau secara online.

Tiket Online Final Piala FA 2015
Tiket Online Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions

Bagi penyokong yang ingin membeli tiket secara online boleh membuat demikian bermula 19 mei 2015 menerusi laman www.tickethotline.com.my pada harga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak termasuk cukai GST 6%.

Semua tiket yang dibeli secara online boleh ditebus di Kaunter Ungu, Stadium Nasional bermula pukul 10 pagi, Khamis ini sehingga hari perlawanan. Hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket berharga RM40 setiap satu bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

PENJUALAN TIKET UNTUK PENYOKONG KELANTAN DAN LIONS XII
Penyokong pasukan Kelantan boleh mendapatkan tiket bermula Rabu ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu manakala penyokong pasukan Lions XII pula boleh membeli tiket di Stadium Jalan Besar, Singapura bermula Khamis.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. Kenapa kat http://www.tiket hotline com x jual lagi..?? Nie geram nie…

  2. Ahmad Humaizi bin mustapa

    4 ticket bola

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *