Breaking News
Home » Info Sukan » Tiga Pemain Bintang Menarik Minat Manchester United

Tiga Pemain Bintang Menarik Minat Manchester United

Manchester United Berminat Dengan Arturo Vidal , Angel Di Maria Dan Mehdi Benatia Untuk Perkuat Pasukan Hadapi EPL Musim 2014-2015. Menurut laporan , pengurus baru Manchester United , Louis Van Gaal diperuntukan £125 untuk mendapatkan khidmat ketiga-tiga pemain bintang itu.

Manchester United telah pun membuat tawaran sebanyak £55 juta kepada Real Madrid untuk mendapatkan Angel Di Maria dimana keputusan bergantung kepada persetujuan Angel Di Maria sendiri sama ada bersetuju menyertai Man Utd atau tidak. Sementara itu , pemain Juventus Arturo Vidal sudah pun menyatakan persetujuan untuk menyertai Man Utd dengan syarat yuran perpindahan dikekalkan. 

Khidmat Mehdi Benatia mungkin sedikit sukar untuk Louis Van Gaal kerana kelab pemain itu AS Roma juga sedang berusaha mengekalkan pemain itu bersama mereka. Namun usaha sedang dijalankan untuk memastikan Mehdi bermain bersama Manchester United. 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *