Breaking News
Home » Info Sukan » Thiago Augusto Fernandes Penyerang Baru Felda United

Thiago Augusto Fernandes Penyerang Baru Felda United

Thiago Augusto Fernandes Penyerang Baru Felda United. Pasukan Liga Super, Felda United FC hari ini memperkenalkan pemain terbarunya di posisi penyerang yang dibeli dari kelab Manama Bahrain. Thiago Augusto Fernandes bakal mengantikan Edward Junior Wilson.

Thiago Augusto Fernandes
Thiago Augusto Fernandes

Thiago yang berasal daripada Brazil memulakan karier profesionalnya bersama kelab Brazil Operario PR pada tahun 2013 sebelum menyertai kelab daripada Bahrain, Manama pada musim 2013/2015. Penampilan sulung Thiago Augusto Fernandes dijangka pada sabtu ini 25 April 2015 menentang Pahang dalam Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Penyerang kelahiran Brazil ini hadir dengan reputasi hebat selaku penjaring terbanyak liga Bahrain dengan 17 gol musim lalu. Musim ini, Fernandes yang berusia 25 tahun menjaringkan 14 gol untuk muncul penjaring terbanyak bekas pasukannya Al Manama.

Semoga dengan kehadiran pemain ini akan menambahkan sengat barisan depan Felda United FC.

 

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *