Breaking News
Home » Santai » Terkenang Jua | Senangnya Hafal

Terkenang Jua | Senangnya Hafal

“Angah bila nak hafal sifir ni ” mak aku selalu tanya macam tu..
“nantilah, kalau tak hafal pun leh conggak atas kertas je” soalan yang biasa aku jawab.Itu kalau mula-mula dulu laa..tapi..sejak dah kena dengan sorang cikgu ni..terus cepat je aku hafal.

“4 x 3 berapa ” cikgu Yusuf bertanya..
“err..err..err..” respon dari aku..
“lambat..tadah tangan..” kena sedas rotan,bukan rotan biasa beb tapi dia guna joran pancing..

Begitulah setiap seterusnya…sebab Cikgu Yusuf ni dia penolong kanan masa aku sekolah rendah dulu.Tabiat dia mesti nak tanya sifir setiap kali buat lawatan kat kelas.Nasiblah kalau kena tanya..sebab dia tanya secara rambang.Kalau tak dapat jawab..tadah je lah tangan.
Sejak itulah aku ni beriya-iya hafal sifir..sampailah sekarang masih melekat lagi sifir dalam kepala otak ni.Dan wajah cikgu Yusuf tu masih segar diingatan walaupun dah berpuluh tahun dah benda ni.Tapi semua kawan-kawan aku yang kena rotan tu tak der pun nak mengadu kat mak bapak sebab kena rotan..tak macam sekarang kena jentik jari pun dah ada cikgu yang kena serang..lainlah kalau cikgu tu over acting yang bukan-bukan..itu pun tak boleh juga kita ambil tindakan ikut suka.Sebab kita ada undang-undang..huhu..
Terima kasih buat semua guru..kerana mu aku disini..aku menjadi manusia yang berjaya..pengorbananmu untuk agama,bangsa dan negara..

pstt : sebab dulu tapak tangan ni selalu kena sebat ngan joran..tu agaknya aku sekarang jadi kaki pancing..sebagai hobi..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

3 comments

  1. akak dulu pun ada cikgu yang macam tu..cikgu ariffin.dia rotan guna pembaris panjang yang kaler kuning tu…tapi mujur akak tak pernah kena.masa sekolah rendah sifirr ni kacang je bagi akak…

    (belagak)

    hehehhe

  2. waktu kecik2 hafal sifir, bila dah besar masuk exam bawak toyol

  3. Azhafizah[フィザ]

    fiza pun teringat dulu..kalau sape xhafal sifir kena sedas kapur di tonjol ke dahi..sakit..pernah kene =_=’ tapi itulah bagus,kalau tak buat camtu,kite terus leka tak tahu ape2..
    jasa guru amat besar..sampai skang ilmunye dibawa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *