Breaking News
Home » Uncategorized » Terkenang Jua | Peritnya Nak Menanti Gaji Pertama

Terkenang Jua | Peritnya Nak Menanti Gaji Pertama

Sesaja nak cerita sikit pengalaman aku mula mula nak belajar berdikari dulu.Lebih kurang tahun 1994.Lepas habis SPM…aku dengan 12 orang rakan memulakan kehidupan bujang.Lubuk rezeki yang kami tuju ialah Johor Bahru.Dengan bekalan Ringgit Malaysia yang tak seberapa,mencuba nasib di negeri orang.

Yeah..permulaan memang semuanya serba lengkap dengan perkongsian dana bersama.Apa yang penting masa tu bekalan makanan untuk mengalas perut..sementara menunggu gaji pertama.Pada awalnya memang cukup tapi bila tiba di penghujung bulan bahan keperluan mula kontang.12 orang punya pukulan beb..kejap je habis.Yang tinggal masa tu cuma beras sahaja..haha..lain lain zero.Nak buat bubur pun gas dah habis..jadi dengan segala idea yang ada,terpaksa korbankan papan katil bujang untuk buat bahan bakar..haha dapur tradisional.apa boleh buatkan dah terpaksa.Inilah pengalaman yang memang tak dapat aku lupa.Memang dapat aku bayangkan suasana pada masa tu..Lepas dapat gaji pertama semua senyum lebar..haha.Cuma 6 bulan je..lepas tu semua pi sambung belajar..mengikut haluan masing masing.Sekarang alhamdullilah semua dah berjaya dengan kerjaya masing masing.Dari kesusahan kami belajar untuk berjaya..

Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa..pengalaman yang mendewasakan.!!
Al-fatiah buat arwah Rizal yang telah kembali ke rahmahtullah 2 tahun lepas..kami tinggi 11 orang je sekarang..

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

7 comments

  1. yup,pengalaman mendewasakan..

  2. experience is the best teacher..

    gaji pertamaku ialah menolong makcik buat kuih masa tunggu result SPM..

    tumpang lalu

  3. al-fatihah…

    pehhh memang power… buat papan katil jd bahan bakar hahaha…

  4. kyoshi_sousuke

    sabor je la~

  5. Al fatihah..
    Umang aih bako katel?
    Bako la selimut len kali..
    Kos rendah sket..
    Muahahahah~

  6. huh dasyat tuu..biar benar spi kayu katil tu jdi bahan bakar..ish ish mmg pgalaman yg pelik tp benar..lainkali mintak le tlg jiran2 ke..ini mesti kes malu

  7. pengalaman mematangkan kite ^^

    bersakit sakit dahulu..
    bersenang2 kemudian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *