Breaking News
Home » Uncategorized » Terkenang Jua | Aku , Dia Dan Blog

Terkenang Jua | Aku , Dia Dan Blog

Lama dah rasanya tak menulis cerita mengimbau kenangan kat blog biru mata hitamku ini..Sesekali nak gak imbas kembali kisah-kisah lama sepanjang blog ini wujud.Kali ini tentang siapakah yang menjadi saingan aku agar aku terus maju..haha..padahal orang yang aku saing tu tak tahu pun aku jadikan blog dia sparring..keh keh..siapakah dia?
Mula-mula aku blogging dulu aku bermula dengan zero dan motto yang aku pegang adalah “zero to hero”.Sebab masa tu tak ada siapa pun yang menjadi pembaca setia..Cuma seorang ni je..yang publish entri nama dia yang pertama..Selain itu blog ini juga banyak memberi insprirasi untuk aku menulis pada masa tu..Dulu aku tengok orang tag..apa tu tag..tak der ke orang nak tag aku..kah kah..masa tu mana aku tahu apa kejadah tag mengetag tu..akhirnya tuan blog ini juga yang mula-mula tag aku..ooo baru tahu apa tu tag.
Selain itu masa tu aku jadikan blog tu sebagai tanda aras aku mengumpul follower..( aku tak pernah suruh orang follow paksa-paksa)aku buat entri yang meraban-raban..alhamdulillah ada juga yang follow..tapi aku jadikan blog rakan kita ni untuk aku tak kalah dengan jumlah follower..haha..walaupun masa tu masing-masing follower tak sampai pun seratus..kah kah..cam ampeh je perangai aku.
Dulu dia top dengan entri review blognya..ramai yang masuk untuk tengok siapa yang direview hari2..semua tu bermula bila dia buat entri tentang slip ejaan ringkas order makan malam dia..siapa yang betul dia akan review..alhamdulillah aku yang pertama di review sehingga melarat-larat ke blog yang lain-lain.Tapi sejak bulan Ramadan hari tu dia dah mula kurang aktif sebab sibuk kerja ambil tempahan kuih/biskut.Kak Pah ingatkah semua ini? Jadi jom terjah blog ini..dan kalau suka followlah sekali..huhu..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

12 comments

  1. akan membuat terjahan rasmi ke blognya..:)

  2. Terima kasih Kiz..Yg pertama memang tak pernah lupa..Kiz yg terawal yg kpah kenal dlm dunia blog ni…sama-sama naik..tapi Kiz dah lebih menyerlah..kpah bangga dgn Kiz…
    p/s : kalau teringat kat kpah ni…sms jer…

  3. teruskan dgn semangat bebelog ya! 🙂

  4. yg pertama/terawal mesti sntiasa dekat di hati kann..

  5. mcm kenal je nama kak pah nie, sekali terjah betul daa,.k`pah yang k-poh,nickname yang best;)

  6. history of this blog.nice =)

  7. semua orang bermula dengan langkah pertama sebelum beribu-ribu langkah….

  8. teruskan smgt berblogging yea.. 🙂

  9. wah.. ada kenangankan??? hurm.. yang pertama selalu jadi kenangan untuk selalu ada diingatan..:)

  10. betul..setiap satu tu ada kenangannya..dulu jaja masuk geng blogger. dr situ dapat laa jumpa rakan baik dlm dunia blogger yg masih kekal sampai sekarang..sama2 saling membantu blog masing2.. sgt heaven kot! ma tu laaa kita kenal org tu ikhlas ke tidak berkawan di alam maya nie..

  11. terjah dari blog kak pah…

    mula-mula memang macam gitu.. nanti lama2 ok dan steady je… hehhehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *