Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Terima Kasih Arkib Negara Di Atas Kebenaran

Terima Kasih Arkib Negara Di Atas Kebenaran

Email dari Arkib Negara Malaysia

Salam semua..n3 kali ini adalh untuk ucapkan terima kasih kepada Arkib Negara yang membenarkan aku menggunakan bahan di dalam sesawang mereka untuk di muatkan dalam blog aku ini.Bukan apa atas minat aku dalam sejarah..ingin sekali aku kongsikan serba sedikit peristiwa menarik atau penting yang berlaku di dalam hari2 tertentu.Semoga dengan usaha ini dapatlah kita memahami sejarah agar dapat menerapkan lagi semangat cintakan negara..Tujuan aku meminta kebenaran adalah supaya tidak timbul isu dakwa dakwi atau yang sewaktu dengannya. -..Untuk tengok email penuh sila skodeng lagi..

EMAIL DARI ARKIB NEGARA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas dan emel Tuan bertarikh 21 Januari 2011 (Jumaat).

2. Terlebih dahulu saya bagi pihak jabatan ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan untuk melayari portal ANM dan HIDS serta ingin menjadikan sebahagian dari kandungan HIDS untuk diletakkan di dalam Blog Tuan.

3. Untuk makluman Tuan, pihak jabatan tidak mempunyai sebarang halangan untuk Tuan meletakkan artikel HIDS ke dalam blog Tuan. Walau bagaimanapun, Tuan perlulah memaparkan sumber yang diperolehi adalah dari Arkib Negara Malaysia serta meletakkan url seperti (Sila layari http://www.arkib.gov.my ) sebagai rujukan kepada orang ramai yang mengunjungi blog Tuan.

4. Di sini juga, saya bagi pihak jabatan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan kerana menjadikan sejarah itu sebagai satu bentuk ilmu serta pelajaran kepada semua orang khususnya kepada golongan muda agar sentiasa menghayati dan memahami sejarah negara. Segala kerjasama dan perhatian Tuan mengenai perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”
”Melayari Zaman, Memacu Ke Hadapan”

Mohd Salleh Abdul Manaf
b.p. Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur
Tel : +603 – 6201 0688 samb. 5902
Faks : +603 – 6201 3702

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

9 comments

  1. elok r kalau mcm tu..hihiih

  2. taniah kizz…dpt gak kami semua tmpng baca….

  3. elok dptkan kebenaran dl kan

  4. macam ni la baru best..sharing is caring 😀

  5. yeahhh..baru betul…kena mintak izin dulu…

  6. Mantap Gan

  7. nice ^^

  8. Tahniah!Inilah sikap yang terpuji meminta IZIN dari tuan punya sebelum memaparkannya.

  9. Hmmm ok tu, dah dapat kebenaran bertulis dari Arkib Negara. Tahniah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *