Home » Santai » Terasa Malu Pun Ada

Terasa Malu Pun Ada


Assalammualaikum..agak kurang aktif aku sekarang dengan blog.Sibuk..sibuk..!!Jarang update..hehe..tapi terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung.Cuma hari ini aku agak terasa sikit dengan kata kata uncle ini.Aku kekadang tak tahu mana nak letak muka..

Pagi tadi semasa bertugas memantau kawasan ladang Felda..aku jumpa dengan seorang peneroka ini,bangsa India..Dah berumur hampir 70 tahun.Dia boleh tanya pasal BERSIH..aku walaupun tahu aku buat tak tahu je.Lepas tu dia mula cakap pasal perpaduan antara kaum.Bila sebut pasal ini agak berminat nak dengar..”encik,saya tengok sekarang ni kenapa itu atas punya orang gaduh gaduh? saya tengok juga besar2 punya orang juga ini macam..nanti orang luar tengok malu laa..” dia mula cakap.
“uncle itu semua politik punya hal laa..” jawab aku ringkas je.

Tapi yang ini aku rasa macam malu sikit..” encik saya mahu cakap ini haa..sekarang saya tengok melayu banyak gaduh2 punya,sudah nampak ada pecah pecah..kalau macam ini senanglah orang kasi jatuh..walaupun saya India..saya tahu hak saya mana..tapi kalau ini macam ,senang2 orang kasi hancur sama kita..”.Bila aku dengar macam ni aku diam je..memang betul apa yang dia kata.Banyak lagi yang dia cakap..pasal BERSIH..pasal HINDRAF..ermm tak perlulah aku nak tulis sini takut orang salah tafsir..Cuma apa yang boleh aku cakap sini..semangat perpaduan dan patriotik uncle india ini sangat tinggi..Thanks uncle..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

15 comments

  1. Nur Syazana Mohammed Sani

    caya lah uncle 😛

    moh la terjah blog zana ,. tinggal kan kutukan bernas =)

    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/pengsan.html

  2. lah sudah tiada cerita so unccle nie pandai lah buka cite.tpi cite tu buat kiz terasa plak..hehe…lain kali kalo kiz jumpa uncle cam tu buat bdh je..sebb setahu sy org dah menjangkau umo 70 ni cara pemikiran diorang sudah tidak begitu normal.so pa-pa pun diorang bleh kata tanpa rasa org yg di bawa brcite terasa..hehe..Terrorist Takedown-game pc pilihan dan teringan

  3. ::blog anak jawer::

    uncle perihatin la… bagus…

    -Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”…

  4. betol cakap uncle tu. bangsa lain pulak yang lebih risaukan perpaduan.. maluu

  5. uncle yg prihatin

  6. teringat novel interlok…kisah maniam yang sangat friendly dan patriotik.

  7. yg hairan tu media yg dok perbesarkn agenda yg lum tentu ni..
    orang x tau sume jd tau, sume minat nk tau..

    jom bersih longkang umah masing2 ye,
    kang kena denggi lak..
    hehe..

  8. persepsi sudah berjaya dsampaikan
    kih kih kih

  9. thumbs up utk uncle! 🙂

  10. perpaduan sudah semakin renggang..satu situasi yang aku tak berapa suka..

    bukan kerna perpaduan antara kaum..tapi perpaduan sesama melayu yang rata2 beragama islam..ini secara automatik boleh memburukkan nama Islam..

  11. yg sedihnya melayu sendiri nk menjatuhkan melayu dan islam.

    klu tgk di TV, byk berita2 mengatakan klu Parti Islam itu ada hbgn baik dgn parti bukan islam. Nnt akn menjadikan Islam bukan negara rasmi andai Parti Islam tu memerintah.

    tp, dgn bangsa bukan Islam, dia ckp klu org Parti Islam itu yg memerintah nnt hukum hudud dijalankan, kena kerat, kena sunat.. ehh dgn org melayu ckp lain, dgn bangsa lain, kenyataan lain. pelik..pelik..

    Heart In A Cage
    .

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *