Breaking News
Home » Info Sukan » Temuduga Terbuka Marshal Stadium Larkin

Temuduga Terbuka Marshal Stadium Larkin

Temuduga Terbuka Marshal Stadium Larkin. Kepada warga Johor yang berminat menjadi marshal stadium anda patut mencuba temuduga terbuka ini. Anda akan bertugas di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sepanjang musim bolasepak yang membabitkan perlawanan pasukan JDT dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala AFC dan Piala Malaysia.

Marshal Stadium Larkin
Marshal Stadium Larkin

Jawatan Marshal Stadium ini terbuka kepada lelaki yang berumur 18 hingga 50 tahun dan tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya dan setiap calon harus berpakaian sukan serta memakai kasut sukan yang sesuai. Ujian kecergasan akan dilakukan dan hanya calon yang melepasi ujian kecergasan akan ditemuduga.

Temuduga pengambilan anggota marshal baharu akan diadakan pada Ahad 10 Januari 2016 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan ia akan bermula jam 8.30 pagi dan terbuka kepada semua Bangsa Johor membabitkan semua kaum yang minat tentang bola sepak di negeri ini.

200 jawatan kosong untuk marshal stadium menanti anda yang layak.

Syarat-syarat

  • Lelaki sahaja
  • Umur 18 hingga 50 tahun
  • Tiada penyakit berbahaya
  • Berpakaian sukan dan kasut ketiada temuduga

Check Also

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *