Home » Berita » Temuduga Terbuka Jawatan Konstabel Lelaki Polis Bantuan Felda

Temuduga Terbuka Jawatan Konstabel Lelaki Polis Bantuan Felda

Kerja Kosong | Temuduga Terbuka Jawatan Konstabel Lelaki Polis Bantuan Felda 2012 – Kepada yang berminat menyertai Polis Bantuan Felda bolehlah mengikuti temuduga terbuka jawatan Konstabel Lelaki Polis Bantuan Felda bagi yang berkelayakan. Berikut adalah syarat dan maklumat temuduga.

KELAYAKAN
– Warganegara Malaysia berumur di antara 20-26 tahun dan masih bujang.
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Memiliki Sijil PLKN diberi keutamaan.
– Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain.
– Ketinggian 1.66 cm ( 5` 5′ ).
– Berat badan tidak kurang 55 kg dan tidak lebih 80 kg.
– Ukuran dada 81 cm dan 66 cm semasa menarik nafas serta lulus ujian penglihatan.
– Bebas dari rekod jenayah dan sanggup bertugas di mana-mana lokasi yang ditempatkan.

FAEDAH
– Gaji pokok G6T-RM800 – RM2160 ( tidak termasuk kerja lebih masa )
– Elaun Intensif , elaun dobi , elaun perumahan
– Caruman KWSP 16% ( majikan )
– Insuran berkelompok dan klinik panel percuma.

Kepada pemohon yang berkelayakan diminta hadir untuk temuduga terbuka di lokasi dan tarikh seperti dibawah.

Tarikh : 22 September 2012 ( Sabtu )
Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
Pejabat Polis Bantuan 
Lot 10, Jalan Delima ,Feldajaya Selatan,
Wilayah Raja Alias,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

Telefon : 06-4585285 atau Faks : 06-4585337

Calon yang menghadiri temuduga diminta membawa
– 4 keping gambar ( berkemeja dan bertali leher )
– Kad pengenalan asal ( berserta 1 salinan phothostat )
– Sijil kelahiran @ surat beranak asal ( berserta 1 salinan photostat )
– Sijil persekolahan/ sijil berhenti sekolah dan lain-lain sijil serta salinan photostat.
– Baju t/shirt dan seluar trek ( seluar sukan ) untuk ujian fizikal.
– Berpakaian kemas ( berkemeja ) semasa hadir temuduga.
– Semua salinan sijil hendaklah disahkan oleh sekolah / jabatan / ketua kampung.

Permohonan akan ditolak jika syarat diatas tidak diikuti.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *