Tempur Antara Sekolah | Dah Jadi Gangster | Gengsterisme

Dalam laporan harian metro hari ini 17-08-2011 -Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas.

Pinjam Google

Alamak mereka semua dah nak jadi gangster pula.Inikah budaya yang kita ada sekarang.Dah nak ala-ala cerita filem KL Gangster dan samseng jalanan ala hollywood.Ada masalah boleh selesai dengan pukul dan bertumbuk je.Nampaknya tahap disiplin pelajar semakin kurang dan budaya gengsterisme semakin menular.

Menurut kamus dewan Gengsterisme pula merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengstar iaitu masalah- masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.