Home » Berita » Tempoh Untuk Tandatangan Surat Tawaran SBPA Tidak Akan Dilanjut

Tempoh Untuk Tandatangan Surat Tawaran SBPA Tidak Akan Dilanjut

Surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) – Tarikh untuk menurunkan tandatangan surat tawaran Skim Saraan Baru atau SBPA akan bermula pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011.Namun penjawat awam yang ingin menerima tawaran ini hendaklah membuatnya seberapa segera ini adalah kerana tawaran ini tidak akan dilanjut selepas tamat tempoh.Namun penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah saja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.

Tempoh yang diberi untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya.penjawat awam yang masih kurang faham mengenai SBPA diminta menghubungi talian Hotline SBPA dari 8.30 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja bermula hari ini.Mereka boleh menghubungi talian 03-8885 3293 untuk pertanyaan mengenai pencen dan persaraan, pembangunan organisasi perjawatan dan skim Perkhidmatan (03-8885 3072);dasar Perkhidmatan prestasi dan prospek (03-8885 3201/03-8885 3227); elaun, gaji dan kemudahan cuti/perubatan (03-8885 3232),manakala untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan lain mereka boleh menghubungi 03-8885 3283.

Bagi individu yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari depan secara automatik akan menyertai SBPA.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

4 comments

  1. Dunia Realiti a.k.a Elih

    Nak tak nak kena sign jugak lah SBPA ni..tak lama pun menderita, 8 tahun je LOL…

  2. ada tarikh expired pula..ada lagi pejawat awam yang kurang paham tentang sbpa neh..siap cuepacs bagi nasihat jangan sign lagi..

  3. ai jbtan aku ni tak buat2 lagi taklimat.hmm

  4. nak kena dgr taklimat ni….makin kompius

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *