Breaking News
Home » BR1M » Tempoh Penerimaan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dilanjutkan Hingga 10 Februari 2012

Tempoh Penerimaan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dilanjutkan Hingga 10 Februari 2012

Tempoh Penerimaan Borang BR1M Dilanjut | Tarikh Akhir Menghantar Borang BR1M – Sedikit info buat semua rakyat Malaysia yang layak memohon BR1M yang berjumlah RM500.Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 10 Februari 2012.Penerimaan borang ini dilanjutkan sebulan lagi.Ini bermakna orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh 10 Februari 2012.
Untuk info,sebanyak 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.Sebanyak 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.Selain itu,pemohon yang gagal untuk mendapatkan BR1M boleh membuat rayuan melalui borang yang disediakan di LHDN atau agensi kerajaan yang berkenanaan dan boleh juga download daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
sumber rujukan Bernama

Check Also

BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Pasti ramai yang ingin tahu bila bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *