Home » Santai » Tempat Yang Berhampiran Tapi Situasi Berbeza .. Shame With You Larrr

Tempat Yang Berhampiran Tapi Situasi Berbeza .. Shame With You Larrr

Lepas maghrib tadi terus ke klinik ambil ubat untuk masalah urat kaki yang bengkak ni.Memang berbaloi-baloi sakitnya..tapi kena tahan je buat muka macho.Takkan nak menangis melalak lak.Malaulah weh.Tapi bukan cerita aku ke klinik yang menjadi isu utama.Tapi tentang ini.Tentang sesuatu yang memang dah lama sangat menjadi kegemaran saudara-saudaraku.. i shame with you.
Tapi dalam perjalanan ke klinik nampak orang penuh kat tepi jalan.Berpusu-pusu keluar dari sebuah kedai ni.Kedai runcit je,tapi takkan serentak sampai 50 orang nak datang membeli.Sebab kalau waktu biasa bukan ada orang datang pun sebab kedai tu terpencil..fikir punya fikir,oh hari ahad rupanya (kedai itu jual nombor ekor tanpa permit).Ambil result nombor ekor..cehh..patutlah ramai.Yang paling ramai aku tengok warga emas lak tu.Bila pihak sekolah suruh datang sekolah tandatangan buku rekod ujian anak-anak semua liat tapi tengok result nombor ekor macam tak sempat nak siang.
Dan yang paling tak boleh tahan adalah,selang tak sampai 20 meter dari kedai cina tu masjid.Dan apa yang dapat aku lihat cuma ada 10 orang je.Kalau tolak imam,tok siak,bilal dan ajk masjid..agak-agak berapa je ahli qariah yang akan datang agaknya.. Bukan nak tunjuk sempurna,tapi itulah perbandingan yang dapat aku bagi.Susahlah macam ni..aku malulah..huh..
**macam rasa bertambah sakit lak kaki ni..arghh macam kena tambah cuti je esok.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

6 comments

  1. Azhafizah[フィザ]

    harap harap dah pergi klinik ni pasni sembuh la bengkak tu.ermm..tentang tu mmg tak dinafikan lah..kalau letak kedai nombor tu di tempat terbuka pun,tetap ramai yang pergi tanpa rasa malu

  2. dunia2….nx kiamat dh oii…
    org suka mkn duit hrm..hmm

    PEREMPUAN PATUT RETI MENJAHIT?
    KORANG RASA?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2011/12/perempuan-patut-reti-menjahit.html

  3. memang rasa malu la macam ni..

  4. selamat tahun baru kiz semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan untuk tahun 2012. semoga sihat selalu insyaallah.

  5. ADZA IRDAWATI aka MAK DARA

    semoga cepat sembuh

  6. teruk manusia zaman skarang ni..
    rosak2~~

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *