Home » Pelancongan » Tempat Menarik Sekitar Daerah Jasin Melaka

Tempat Menarik Sekitar Daerah Jasin Melaka

Tempat Menarik Sekitar Daerah Jasin Melaka. Jika sebut nama Melaka pasti terbayang akan berbagai tempat menarik untuk dilawati dari tempat reakrasi sampai ke tapak warisan bersejarah. Jasin yang juga salah satu daerah di Melaka turut mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati.

Tempat Menarik Sekitar Daerah Jasin Melaka
Pekan Jasin Melaka

Jika anda sampai ke Melaka, rasanya tidak cukup sehari untuk anda melawat keseluruhannya walaupun negeri Melaka itu kecil. Ini kerana begitu banyak tempat menarik yang boleh anda lawati. Anda wajib bermalam tidak kira di homestay atau hotel.

Apa yang menarik di Jasin Melaka ? Anda wajib ke Dataran Jasin kerana disini adalah tempat sesuai beriadah bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat refleksi, taman permainan, dataran, pentas serta aktiviti sukan lasak.

Untuk mengenali Jasin di masa lampau anda boleh melawat Muzium Pertanian yang terletak ditengah-tengah Pekan Jasin. Asalnya bangunan ini merupakan Pejabat Pos pertama di Bandar Jasin. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan fakta dan mitos asal Jasin sebagai salah satu penempatan perkembangan wilayah yang agak penting bagi Melaka.

Anda pasti pernah mendengar tentang Tun Teja. Makam Tun Teja terleataj di Jasin. Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara,Pahang atau nama asal Inderapura. Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan atau kini Muar, semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat.

Selain itu banyak lagi tempat menarik di Jasin iaitu Lagenda Puteri Gunung Ledang di Asahan, Resort seperti Orna, Perkampungan Ikan Bakar di Umbai dan Serkam, Taman Pengeluaran Makanan (Tropical Fruit Farm) di Selandar, Dataran Jasin dan Agro- Tourism di Empangan Jus.

Bagi anda yang inginkan penginapan atau homestay yang selesa dan banyak kemudahan, anda boleh menghubungi Mutiara Homestay Jasin menerusi pautan Homestay Murah Jasin ini. Berhampiran dengan homestay juga terdapat tempat mandi atau wet world Jasin Hot Spring dan Taman Extrem Tasik ChinChin. Jom melawat Tempat Menarik Sekitar Daerah Jasin Melaka.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *