Home » Uncategorized » Tempat Kita Selamat Beb

Tempat Kita Selamat Beb

Cerita pasal bola lagi..haha..tapi ada sebab kenapa nak ngomel pasal bola..tadi baru je selesai pertemuan Malaysia lawan Syria yang berkesudahan Malaysia tewas 0-2.Tak per,pemain dah cuba..atau mungkin dah terlalu penat namun semangat je yang membuatkan mereka masih mampu berlari atas padang.Namun menang kalah bukan ukuran sebenar kemampuan pemain kerana perlawanan ini berada di standard yang berbeza dari Sukan Sea.Memang nampak akhir-akhir ini ada perubahan pada mutu bolasepak Malaysia..ada kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi..tahniah kepada pemain muda Malaysia..mereka adalah perintis untuk membawa bolasepak Malaysia lebih berjaya di masa depan.
Tapi apa yang penting aku nak ketengahkan kat entri ni adalah betapa selamatnya negara kita..stadium kita buat pasukan lawan mahu pun penyokong..betul-betul selamat.Sebab aku tengok melalui siaran langsung tadi penyokong pasukan lawan masih boleh duduk di tengah atau pun berhampiran dengan penyokong Malaysia.Tak ada masalah pun..tiada ancaman pun..sebab kita ada semangat..semangat kesukanan dan kita memahami bahawa sukan itu adalah satu medium perpaduan..tak macam yang dialami pemain kita dan penyokong di negara sebelah sana tu..yang kata serumpun konon..tak ada makna..
Kepada penyokong Malaysia yang ke stadium teruskan tunjuk semangat kesukanan yang tinggi..sikap kita maruah negara..tak mau ada letup-letup..tak mahu ada botol terbang..menang kalah adat pertandingan..kena terima dan realistik.Kepada pemain Malaysia teruskan usaha..teruskan perjuangan..kekalahan bukan penamat untuk terus memburu kejayaan..memang kalah aku tetap sokong..semangat harimau..bangkit hari ahad ni..buktikan taring harimau masih tajam..hehehehe..Malaysia Boleh..Harimau Muda boleh..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

8 comments

  1. Penonton tempat kita gi sekolah..dorang tu tak sekolah 🙂

  2. x menang gok….
    malaysia kena main kat tmpt lawan br menang kot….

  3. menang kalah aku tetap dgn malaysia…

  4. takpe2 .. boleh cuba lagi .. 🙂

  5. betul2… nampak gak tadi. rakyat Malaysia tahu jaga nama negara

  6. inila salah seorang peminat setia team harimau malaya kte..hihi

  7. Malaysia mmg terbaik!

  8. mana de harimau asyik berlari je..kdg2 kena jalan2 jugak.. kih kih kih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *