Breaking News
Home » Uncategorized » Teh Tarik Hujung Minggu

Teh Tarik Hujung Minggu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan pelayar maya yang di kasihi.Alhamdullillah dengan izinNya bertemu lagi kita dengan mentari pagi,terdengar lagi kicauan burung mencari rezeki dan masih mampu lagi mata anda membaca blog aku yang sentiasa mencari sesuatu..hehe.

Sebenarnya pagi2 ini aku cuma nak borak2 kosong sambil teguk teh tarik hasil tangan my beloved wife.Terima kasih memahami selera pagi aku ini.Harap pagi ini terapkan semangat baru.Kobarkan tekad agar apa yang kita lalui hari ini lebih baik dari semalam.Paling penting pagi pagi ini ungkapkan kalimah bersyukur kerana kita masih di beri peluang kehidupan.Masih di beri masa untuk membetulkan apa yang salah,menambahbaik apa yang dah memang terbaik.

Jadi bermulanya pagi ini,kalau nak mencapai sesuatu tu cuba setkan target hari ini.Apa yang kita nak capai hari ini.Kalau anda blogger apa yang ada nak sampaikan hari ini.Kalau nak traffic tinggi atau nak follower berjuta ikut kita..buatlah sesuatu yang boleh membuatkan orang nak datang dan ikut kita.Caranya fikirlah sendiri.Andakan blogger,blogger mesti pandai berfikir..hehe..

Oklah..teh tarik pun dah habis ni..selamat beramal dan berhujung minggu semua.Sekian motivasi pagi ala ala cerita kedai kopi..haha.!

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. aahhh baru je sudah minum teh tarik sbg sarapan tapi teh tadi pekat sangat sampai rasa kelat… ggrrr

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *