Home » Info Hiburan » Tasha Shilla Bukan Escort Girl

Tasha Shilla Bukan Escort Girl

Tasha Shilla Bukan Escort Girl. Pelakon popular drama melayu, Tasha Shilla meminta semua pihak menghentikan isu escort girl dimana namanya dikaitkan. Pada 8 Februari lalu, sebuah program hiburan telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan. Sebelum itu, sebuah akhbar ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl.

Tasha Shilla mengambil serius gosip tersebut kerana tuduhan berkenaan merupakan suatu perkara berkaitan jenayah dan meminta agar ia tidak dibangkitkan bagi menjaga reputasinya sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri seni tanah air.

“Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk media yang mahukan pejelasan berhubung isu itu. Ia turut memberi kesan kepada keluarga apabila saudara-mara turut bertanya isu yang sama dan ia memberikan persepsi buruk di mata masyarakat,” – Tasha Shilla ( memetik dari sumber Mstar Online )

Sementara itu, pihak peguam yang dilantik Tasha Shilla akan menghantar satu notis amaran kepada pihak rancangan hiburan itu. Ini kerana soalan yang dikemukakan oleh wartawan program itu dengan menyatakan Tasha sebagai artis yang tersenarai antara 10 orang escort girl merupakan soalan fitnah, berniat jahat dan membabitkan maruah orang.

Notis berkenaan katanya akan dihantar minggu ini dan pihaknya memberi masa selama dua minggu kepada pihak televisyen terbabit untuk memberi respons terhadap perkara itu.

sumber

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *