Home » Info Hiburan » Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2017

Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2017

Lokasi Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2017. Mentor Milenia yang diterbitkan oleh TV3 diteruskan untuk musim kedua dengan format yang sama seperti Mentor Milenia 2016. Masih mengekalkan tiga mentor terdahulu iaitu Hazama, Black, Akim dan Tomok yang mengantikan Azlan.

Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2017
Mentor Milenia 2017 TV3

Pasti ramai yang akan hadir mencuba nasib untuk menyertai Mentor Milenia 2017. Bilakah lokasi dan tarikh ujibakat Mentor Milenia 2017 akan diadakan. Untuk makluman, ujibakat akan diadakan pada hari berbeza bagi setiap mentor. Dibawah dikongsikan lokasi dan tarikh ujibakat yang akan diadakan.

Mentor: Tomok
Tarikh: 17 & 18 Disember 2016

Mentor: Black
Tarikh: 24 & 25 Disember 2016

Mentor: Hazama
Tarikh: 7 & 8 Januari 2017

Mentor: Akim
Tarikh: 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017

Untuk semua ujibakat Mentor Milenia 2017 akan diadakan dilokasi dan masa seperti dibawah
Tempat: Theatrette, Sri Pentas, Bandar Utama
Masa: 10.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Syarat Ujibakat Mentor Milenia 2017
Anda haruslah berusia antara 17 – 21 tahun
Warganegara Malaysia
Tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh komitmen terhadap program Mentor Milenia
Membawa kad pengenalan
Gambar berukuran pasport atau 3R
Membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan

Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad jam 9 malam manakala Journal Mentor Milenia pula mula bersiaran mulai 12 Februari 2017 pada setiap Ahad jam 6 petang.

Selamat berjaya kepada yang akan menyertai ujibakat Mentor Milenia 2017.

Check Also

Biodata usop mentor milenia 2017

Biodata Usop Mentor Milenia 2017

Biodata Usop Mentor Milenia 2017. Nama yang mula menjadi viral di facebook dan instagram selepas …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *