Breaking News
Home » Berita » Tarikh Sesi Persekolahan Tahun 2015

Tarikh Sesi Persekolahan Tahun 2015

Tarikh Sesi Persekolahan Tahun 2015. Berikutkan bencana banjir yang melanda Pantai Timur dan beberapa negeri , Kementerian Pendidikan telah bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015.

Tarikh baru sesiĀ  persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Untuk lain-lain negeri akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

tarikh permulaan persekolahan tahun 2015
tarikh permulaan persekolahan tahun 2015

Kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan penangguhan sesi persekolahan 2015.

“Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,”

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *