Breaking News
Home » Uncategorized » Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1433H 19 Julai 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1433H 19 Julai 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1433 hijrah pada 19 Julai  2012 – Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan ramadhan 1433 hijrah adalah pada petang 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433H. Sebanyak 30 lokasi mencerap anak bulan telah di tetapkan di seluruh negara.Dalam pada itu Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.



LOKASI MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2012 | 1433 HIJRAH 

Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.


Tarikh permulaan puasa ramadhan 1433 hijrah akan diumumkan di radio dan televisyen pada malam 19 Julai 2012.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433 HIJRAH 




Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *