Breaking News
Home » Info Hiburan » Tarikh Dan Lokasi Ujibakat 3 Juara TV3

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat 3 Juara TV3

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat 3 Juara TV3. Seperti semua sedia maklum, TV3 akan menerbitkan program terbaharu mereka iaitu 3 Juara. Program rialiti TV ini akan menampilkan format yang berbeza dengan mencari tiga juara menerusi tiga genre berbeza, balada, rock dan irama Malaysia.

Rancangan hiburan terbaru 3 Juara bakal menemui penonton bermula 16 Oktober depan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam. Tiga komposer yang bakal mewakili genre dipertandingkan adalah Edrie Hashim (Rock), Ajai (Balada) dan Pak Ngah (Irama Malaysia).

Melalui ujibakat yang akan diadakan 18 peserta akhir akan di pilih dengan enam orang dalam setiap kategori. Konsep pertandingan adalah dengan battle oleh dua peserta dari setiap kategori setiap minggu. Bakal juara program tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000.

Kelayakan untuk menyertai uji bakat, peserta mestilah warganegara Malaysia, berumur 18-28 tahun dan penyertaaan secara solo sahaja diterima. Peserta juga perlu membawa cakera padat minus one sendiri selain sekeping gambar berukuran pasport.

3 Juara TV3
3 Juara TV3

TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT
27 & 28 OGOS 2016 – THE LIGHT HOTEL,SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
3 & 4 SEPTEMBER 2016 – GRAND BLUEWAVE HOTEL, JOHOR BAHRU, JOHOR
10 & 11 SEPTEMBER 2016 – PROMENADE HOTEL, KOTA KINABALU, SABAH
17 & 18 SEPTEMBER 2016 – MERDEKA PALACE HOTEL, KUCHING, SARAWAK
24 & 25 SEPTEMBER 2016 – SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

4 comments

  1. salam 1 malaysia..saya ingin bertanya berkenaan program 3 juara ni..saya salah seorang bakal peserta yang akan menghadiri uji bakat tersebut.tapi umur saya tahun ni sudah 29 tahun..adakah saya layak untuk menyertai uji bakat tersebut??

  2. nak tanya la ujibakat tu hari tu jugak ke kite dapat tau….boleh tau berape yg kosong lagi tinggal….mase ujibakat penang sabah dan serawak berape orang je dpat terpilih…

  3. sy mencari guitarist ..tinggal di kawasan kl..berumur 18 – 25 thn.. jika berminat hubungi sy di fb page sy:Anaz Richie Awesome Followers

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *