Home » Santai » Tanpa Permulaan, Anda Tidak Akan Sampai Ke Mana-Mana

Tanpa Permulaan, Anda Tidak Akan Sampai Ke Mana-Mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera , payah juga rasanya mencari ayat pertama bila dah terbiasa sangat menulis posting sukan sahaja.. padan muka. Semalam aku kembali ke masa silam zaman permulaan belajar menulis blog. Tetiba la pulak rajinkan. Padahal sebab kemaruk mencuba widget artikel berkaitan atau related link yang baru dipasang semula.

Hampir separuh , artikel blog aku baca terutama yang berlabel santai. Bukan apa sebab entry santai @ merapu meraban adalah permulaan aku menulis blog dulu.. Jauh berbeza dengan apa yang aku tulis hari ini. Semua sebab pengaruh SEO .. ermm apa boleh buat. Memang lain, zaman 2009 -2010 dulu. Bila baca rasa macam tak percaya pula bahawa apa yang aku baca tu adalah hasil penulisan sendiri.. booo..!!

Tapi paling menarik.. entry pertama aku dalam dunia blog terutama melalui blog ini.. yang asalnya hanyalah blog peribadi yang penuh dengan cerita poyo dari aku.. Ini rupanya entry pertama aku dalam blog ni.. tumbang kejap bila aku tengok ni..hehe

Tajuk WELCOME dengan huruf besar lagi .. Isi cuma enam patah perkataan.. tu dia 28 Jun 2009 posting ni berada dalam dunia maya, dua hari selepas ulangtahun hari lahir aku.. so tahun ni boleh celebrate sama-sama..haha.. dah 5 tahun rupanya sub domain kizmyself.blogspot.com ni.. tu yang sayang nak pakai top domain tu.. 🙂
” Tanpa Permulaan, Anda Tidak Akan Sampai Ke Mana-Mana “

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *