Breaking News
Home » Info Sukan » Tangguh Suku Akhir Kedua Bukan Kerana Harris Harun

Tangguh Suku Akhir Kedua Bukan Kerana Harris Harun

Isu Penangguhan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 yang membabitkan JDT dan Terengganu begitu hangat sekarang. Rasalah lebih hangat dari aksi di padang sendiri. Ada khabar yang mengatakan PBNJ memohon menunda perlawanan suku akhir kedua adalah kerana ketiadaan pemain tengah mereka Harris Harun yang dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Singapura dalam perlawanan persahabatan. 
JDT
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan bahawa penangguhan perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu disebabkan ketiadaan pemain tengahnya kelahiran Singapura, Harris Harun. Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penangguhan perlawanan itu Sabtu ini tidak kena-mengena dengan Hariss yang dipanggil untuk mewakili republik itu dalam perlawanan persahabatan. 
Tunku Mahkota Johor itu memberitahu bahawa penangguhan itu disebabkan beberapa perkara termasuk persiapan JDT dan usaha menaik taraf padang di Stadium Larkin. Perlawanan kedua JDT vs Terengganu di tunda pada 17 Oktober 2014.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *