Breaking News
Home » Agama » Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar. Menjelang penghujung ramadhan iaitu 10 malam terakhir pasti ramai yang menanti kehadiran satu malam yang dinantikan iaitu malam lailatul qadar. Tidak wujud tetapan bila malam itu akan tiba. Rasulullah SAW tidak menetapkan malam itu pada malam ke-27, 29, atau 25. Namun ia adalah ujian kepada orang yang bertakwa. Orang yang beribadah dan menghidupkan malam secara rutin adalah lebih mudah mendapatkan kemuliaan malam ini.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Lailatul Qadar

Apakah tanda-tanda bila berlakunya lailatul qadar? Tanda-tanda Lailatulqadar yang popular dalam adat dan kepercayaan masyarakat Melayu seperti pokok bersujud dan sebagainya, ia hanya dongengan dan tidak wujud dalam ajaran agama. Jadi awas jangan sampai terpedaya.

Tanda-tanda Lailatulqadar daripada hadis Nabi Muhammad SAW

Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatulqadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari Ramadan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah, dinilai sahih oleh al-Albani dalam koreksi beliau terhadap Sahih Ibnu Khuzaimah)

Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik. Rasulullah SAW bersabda: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ia tidak akan menjadi. Mencari tanda-tanda ini bukanlah keutamaan. Ia hanyalah tanda yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemberi semangat untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH. Apa yang penting adalah kita disuruh menghidupkan malam-malam sepanjang Ramadan. Jangan hanya pada malam 10 terakhir ramadan.

Banyakan amalan sepanjang ramadan , antara amalan yang dilakukan oleh Nabi adalah seperti dibawah.

1. Solat malam dan membangunkan keluarga untuk solat
2. Memperbanyakkan doa
3. Membaca al-Quran

Mencari Malam Lailatul Qadar 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *