Home » Kesihatan » Tanda Awal Stroke Haba

Tanda Awal Stroke Haba

Tanda Awal Stroke Haba. Apakah yang dikatakan stroke Haba atau pun Heat Stroke ? Musim panas dengan suhu yang tinggi turut mendedahkan kita kepada strok haba. Perkara ini berlaku apabila sistem tubuh badan manusia tidak dapat mengawal secara normal.

Apabila mengalami stoke haba, suhu badan akan naik secara mendadak dan kegagalan tubuh badan berpeluh. Suhu boleh mencecah 41 darjah selsius dalam masa 10 minit sahaja. Jika gagal dikawal, boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

ANTARA TANDA-TANDA AWAL STROKE HABA

  • Kerap sakit kepala
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Suhu badan melebihi 39 darjah selsius
  • Nadi berdenyut laju
  • Kulit menjadi kering dan kemerahan
  • Badan tidak berpeluh
  • Badan lesu dan kerap pengsan
  • Tekanan darah rendah

Diatas adalah beberapa tanda-tanda awal akan Heat Stroke, jika anda mengalami gejala seperti ini terutama ketika musim cuaca panas ini, pastikan dapatkan rawatan doktor.

Tanda Awal Stroke Haba

Check Also

virus zika

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan. Akhir-akhir ini virus ini mula menjadi perhatian orang ramai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *