Breaking News
Home » Uncategorized » Tanah Runtuh Di Tanah Rata , Cameron Highland

Tanah Runtuh Di Tanah Rata , Cameron Highland

UPDATE | PERKEMBANGAN TERKINI | 2.00 am – Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang sebelum ini cedera parah meninggal dunia di hospital sebentar tadi menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.
UPDATE | PERKEMBANGAN TERKINI | 12.00 AM – Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.
SEMASA | Tanah Runtuh Di Tanah Rata Cameron Highland07 0g0s 2011
Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.- Sumber Berita Harian

Dalam kejadian ini sumber polis mengesahkan satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.Selain itu ramai mangsa masih terperangkap dalam kejadian Tanah Runtuh di Cameron Highland ini.5 rumah tertimbus di mana 3 rumah tertimbus sepenuhnya.Manakala nasib mereka belum di ketahui.

Usaha mengeluarkan dan menyelamat sedang giat di jalankan.Semoga semua mangsa dapat di keluarkan secepat mungkin.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

One comment

  1. takziah utk semua mangsa yang terlibat…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *