Breaking News
Home » Berita » Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Dari PKR

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Dari PKR

Menteri Besar Selangor Dipecat Dari PKR , PKR Pecat Khalid Ibrahim – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat sebagai ahli parti PKR seumur hidup berkuatkuasa serta merta. 
Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibuat ketika Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan. Tan Sri Abdul Khalid kini menjadi ADUN bebas namun masih kekal sebagai Menteri Besar buat masa ini.
Lembaga Disiplin PKR mendapati Tan Sri Abdul Khalid mengingkari keputusan MPP yang telah memutuskan untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Tan Sri Khalid enggan meletak jawatan selepas didesak oleh parti.
Namun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan berhubung dengan pemecatan beliau sebagai ahli PKR. Semoga cepat selesai jangan asyik bergasak je.

Sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *