Breaking News
Home » Info Sukan » Taktik Bertahan Chelsea Gagal Kekang Atletico Madrid

Taktik Bertahan Chelsea Gagal Kekang Atletico Madrid

Taktik Bertahan Chelsea Gagal Kekang Atletico | Atletico | Chelsea | Jose Mouriho – Perlawanan separuh akhir kedua Champions League yang membabitan pasukan Chelsea vs Atletico Madrid bermula agak seimbang namun bertukar mimpi buruk buat Jose Mourinho apabila taktik bertahannya membawa padah. 
Mourinho menurunkan enam pemain pertahanan pada awal permainan dengan meletakkan Fernando Torres sebagai pemain tunggal di atas sebagai penyerang. Namun taktik ini seakan menjadi apabila Chelsea mendahului satu gol hasil jaringan Torres pada minit 36. Namun pertahanan Chelsea yang diketuai oleh Terry mula mudah dibolosi apabila Atletico Madrid menyamakan kedudukan melalui jaringan Adrian pada minit 44.
Separuh masa kedua menampakan penguasaan sepenuhnya Atletico Madrid dengan corak menyerang yang lebih tersusun. Penyerang utama Atletico , Diego Costa menjaringkan gol menerusi penalti pada minit 60 hasil kesalahan Samuel E`too dalam kotak penalti. Ruang Chelsea terus tertutup apabila Arda Turan menjaringkan gol pada minit 72.
Atletico Madrid bakal bertemu pasukan setempat Real Madrid dalam derby peringkat eropah pada 24 Mei 2014 di Lisbon. 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *