Breaking News
Home » Info Sukan » Takraw Sukan Asia Terima Aib Lagi

Takraw Sukan Asia Terima Aib Lagi

Keputusan Sukan Asia Incheon 2014 , Sepak Takraw Antara Regu , Malaysia vs Korea – Nampaknya semakin jauh sasaran skuad takraw Malaysia untuk kembali menggegar. Kebangkitan pasukan yang dahulu adalah pasukan belasahan cukup memeritan bagi pasukan Malaysia.
Terkini , Korea Selatan yang suatu ketika dahulu adalah pasukan belasahan telah mampu menumbangkan pasukan takraw Malaysia. Bukan sekali ini, tapi telah beberapa kali. Jika begini caranya , nampaknya PSM harus menilai kembali pembangunan sepak takraw di Malaysia. 
Takraw Sukan Asia Incheon 2014
Keputusan terbaru di Sukan Asia Incheon 2014 dalam acara sepak takraw Malaysia tewas kepada Korea dalam perlawanan kumpulan B. Regu Malaysia tewas 21-14, 16-21,10-21 kepada regu Korea. Sesuatu yang harus diambil serius oleh mereka yang bertanggungjawab. Bukan isu kekalahan ini yang perlu dibincangkan tapi isu pembangunan yang dibuat selama ini adakah menepati sasaran. Jika alasan pasukan Korea semakin meningkat, itu tidak sepatutnya timbul kerana Malaysia adalah pasukan yang memperkenalkan sukan ini kepada mereka. Kenapa Thailand mampu bertahan sebagai kuasa besar takraw? Kenapa Malaysia gagal ?
Kali terakhir sepak takraw antara regu menghadiahkan pingat emas buat negara ialah pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun. Sudah terlalu lama

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *