Home » Santai » Tak Payah Lah Janji

Tak Payah Lah Janji

As salam..sekadar nak mengomel sikit je. Nak lepaskan apa yang rasa terbuku dihati. Bukan niat nak kutuk atau kondem sesiapa..tapi aku rasa aku ada hak nak berbicara sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. 
Al-kisah..maka tersebutlah kisah.. ada ler seorang pemimpin yang berstatus Adun ni yang tweet pasal pingat emas olimpik. Tak payah cakap namalah nanti popular lak dia..sebab aku tengok follower dia kat twitter tak ramai mana pun..hahaha.. Boleh pulak dia buat statement Malaysia hanya akan menang pingat emas bila puak dia yang memerintah..adeh.. janganlah sukan pun dijadikan janji politik.. statement biarlah matang sikit.
Bagi aku.. sukan itu medium perpaduan..politik itu punca perpecahan..pi jauh-jauh jangan politikkan sukan..tak kiralah dari puak mana pun.. aku sebagai peminat dan penyokong sukan Malaysia .. rasa malu ler kalau ada pemimpin yang buat kenyataan macam ni.. cuba tengok melayu , india , cina dan bangsa-bangsa lain semua satu hati mewakili satu nama iaitu Malaysia..mereka bertanding bukan mewakili parti politik…
Sekadar pendapat peribadi.. atas nama rakyat Malaysia ..terima kasih. Tak kira siapa pun memerintah..sukan tetap sesuatu yang neutral..itu hakikat.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

3 comments

  1. shida setuju bro ^_^

  2. haha.. tau dah sape adun tu.. senget punya adun xde kena mengena kot dengan sape memerintah. haha.. ape da dia tu

  3. biasalah nak kan kuasa…semua di politikkan…pemende la pemikiran pemimpin tu…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *