Breaking News
Home » Santai » Tak Kisahlah Nak Pilih Mana Pun

Tak Kisahlah Nak Pilih Mana Pun

As salam.. baru je sampai dari Kuala Terengganu.. perghhh rasa macam nak patah pinggang ni.. akhirnya kembali menjejak kaki di N9 negeri beradat..keh keh keh.. Tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal apa yang aku buat kat Kuala Terengganu.. lagi pun aku ni bukan artis atau blogger top pun nak cerita hal-hal personal ni..haha..cukup sekadar tempek-tempek gambar kat Facebook sudah.
Cuma nak cakap pasal Euro 2012. Hari ni akan berlangsung perlawanan akhir. Pasti ramai yang dah buat pilihan pasukan mana yang akan menang. Tak kisahlah nak pilih mana pun kan.. hanya sekadar pengikut sukan je. Macam aku memang dari dulu fan Italy. Menang kalah lantak merekalah.. bukan negara aku pun..hehe.
Cuma malam ini pasti akan banyak pertaruhan. Dari yang kecil-kecil sampai yang besar-besar. Adeh .. tu yang paling aku tak berkenan kalau ada pertandingan macam ni. Apa pun tu pilihan peribadi anda semua.. tapi lagi elok tak payah ler bertaruh.. tepuk dada tanya iman..

Ok.. mahu rehat dulu..membetulkan pinggang ni..

sapa nak layan bola Euro akhir spain vs italy secara live streaming kat sini.. haha.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *