Menu Tutup

Tahu , Tak Tahu Atau Tak Ambil Tahu

Situasi 1
“Bro..bila agaknya Maharaja Lawak Mega akhir ?
“eh engkau ni itu pun tak tahu,langsung tak up to date laa…”
“yer laa..engkau tahu semua..bila agaknya tu bro..”
“jumaat ni laa,30 Disember 2011 akhir Maharaja Lawak Mega ..”

Situasi 2
“Bro..malam esok kita pergi masjid nak tak ?”
“ada apa kat masjid.?”
“esokkan ada ceramah sempena maal hijrah..tak tahu ke?”
“ehh ye ke..tak tahu la pulak esok maal hijrah”

Dua situasi berbeza.Itulah perkara yang memang kita nak tahu sangat dan langsung tak tahu atau memang tak mahu ambil tahu.Mungkin situasi pertama melekat dalam memori sebab benda tu terkini dan popular.Tapi situasi yang kedua sepatutnya memang dah ada dalam ingatan.Dimanakah kita yang sepatutnya?.Sekadar ingatan buat diri sendiri dan sahabat yang sudi memahami.Sesungguhnya kita hamba yang sangat lemah disisiNya.

**cerita dan perkara dalam situasi 1 dan 2 sekadar untuk perbandingan.Tiada niat mempersendakan sesiapa.

8 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *