Home » Uncategorized » Syukur Dan Sabar

Syukur Dan Sabar

Assalammualaikum..ramai gak yang cerita tentang blogspot hari ini.Tapi apa leh buat..mungkin adalah yang hendak dinaik taraf tu sehingga ada gangguan sedikit dengan servisnya.Kita sebagai pengguna kenalah bersabar eh..semua itu ujian.

Berbalik kepada ujian ni..maksud aku bukan ujian bertulis mahu pun lisan yang kat sekolah tu.Ujian kat sini yang aku maksudkan dugaan yang di beri Allah kepada kita.Macam macam ujian yang kita hadapi setiap hari cuma kita sedar atau sengaja buat tak tahu.

Bila sebut tentang ujian Allah ini ramai yang terbayang saat susah,musibah,kegagalan dan yang seangkatan dengannya.Ya memang betul itu adalah ujian Allah..yang mana ianya ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.
Tapi jangan pula kita lupa..di waktu yang senang,gembira,tenang dan lain lain yang memudahkan..sebenarnya kita juga sedang di uji.Di uji sejauh mana kita tahu bersyukur dengan nikmat.Selalunya kita akan ingat dia bila susah tapi bila senang selalu terlupa…

Fikir fikirkan buat ingatan diri ini dan sahabat yang di kasihi..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

8 comments

  1. sabar sabar 🙂

  2. betul tu, bila senang, senang lupa.

  3. ada manusia kalau dia diuji oleh Allah dia akan lupa segala nikmat yang dia kecapi selama ini..semoga kita tak tergolong dalam golongan yang tak bersyukur…amin…

  4. bila datang ujian, perlu la sabar banyak. bila datang nikmat, perlu la banyak bersyukur

  5. dugaan selalu nye mengajar,,

  6. dugaan buat kita jadi kuat !!

    jadi jangan merungut,ingat allah..:)

  7. ni sbar la ni…nasib dah ok pg ni..alhamdulilah…syukur…

  8. aku sudah kool kan diri bila ditimpa masalah sedemikian..alhamdulillah ada gak penyelesaiannya..:)

    ujian yang ditimpa mampu mematangkan fikiran dan menambahkan pengalaman..siapa yang tewas dalam ujian itu,kadang2 ada sampai derhaka pada-Nya..kadang2 terjebak dilembah yang hina..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *