Breaking News
Home » Berita » Syiling Peringatan Ulang Tahun Masjid Negara

Syiling Peringatan Ulang Tahun Masjid Negara

Syiling Peringatan Ulang Tahun Masjid Negara. Kepada peminat dan pengumpul duit syiling tidak kira lama atau baru pasti teruja untuk memiliki duit syiling emas, perak dan emas nordic yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sempena ulang tahun ke 50 Masjid Negara.

Wang syiling ini dikeluarkan dalam tiga spesifiksi yang memiliki ketulenan bahan sehingga 9.99 . Duit syiling peringatan ini akan mula dijual pada 28 Ogos 2015 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat-pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Syiling emas dengan berat setiap keping 7.96 gram serta ketulenan 99.99  memiliki nilai muka duit syiling RM100 dengan harga jualan RM1,800 sekeping. Manakala syiling perak diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Syiling emas Nordic pula, nilai mukanya ialah RM1 dan dijual RM10 sekeping.

Duit Syiling ini memaparkan imej Masjid Negara di bahagian hadapan manakala bahagian belakang tertera perkataan Bank Negara Malaysia.

Peminat dan pengumpul duit syiling jangan lepaskan peluang ini.

Syiling Peringatan Masjid Negara
Syiling Peringatan Masjid Negara

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *