Breaking News
Home » Uncategorized » Syawal .. Teringat Sesuatu

Syawal .. Teringat Sesuatu

Takbir..indahnya bahasa allah.Betapa terusik hati.Ada rasa gembira,sedih dan kekadang sayu-sayu.Hari kemenangan setelah sebulan menyahut cabaran membersihkan jiwa.Begitu indahnya islam.Semoga nikmat yang sentiasa memihak kepada kita ini dapat dinikmati bersama tanpa rasa gelojak penyakit hati.Bak kata pujangga..buang yang keruh ambil yang jernih.Sama-sama kenali diri.

Ku lihat anak-anak kecil riang bersama kunjung mengunjung.Yang dewasa bermaaf-maafan sesama.Inilah nikmatnya berada di bumi yang permai.Anugerah Allah buat insan-insan yang tidak pernah lupa akan janji alam rohnya sehingga di fitrah ke alam jasad.Namun sedih juga bila mengenang masih ada saudara seagama di sana yang beraya dalam kekalutan.Namun itulah hakikat dimana kesabaran itu di uji untuk melihat keteguhan iman adakah hakiki atau sekadar cerita sisi.

Selamat Hari Raya buat semua.Semoga apa yang kita lalui ini menjadi azimat untuk kita terus bersatu di bawah satu panji-panji sebuah ukhwah persaudaraan yang sememangnya di tuntut.Jangan lupa perjanjian..simpan buat renungan.

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *