Home » BR1M » Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2015

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2015

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2015 , Kategori Kadar dan cara Bayaran BRIM 4.0  | Semua telah sedia maklum bahawa BR1M masih diteruskan pemberiannya untuk tahun 2015 seperti yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2015 pada 10 Oktober. Kadar bagi BR1M untuk tahun hadapan juga telah meningkat sejajar dengan peningkatan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Syarat kelayakan pemohon BR1M 4.0 2015

Tiga kategori yang akan layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) adalah isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan , isi rumah yang berpendapatan RM3000-Rm4000 sebulan dan kategori bujang yang berpendapatan kurang dari RM2000 kebawah. Kadar bayaran kepada setiap kategori adalah seperti berikut. 

Isi Rumah Pendapatan kurang RM3000 = RM950
Isi Rumah Pendapatan RM3000-RM4000 = RM750
Bujang Pendapatan Kurang RM2000 = RM350

Cara pembayaran bagi kategori isi rumah adalah secara berperingkat sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Januari , Mei , September manakala kategori bujang hanya sekali pada bulan Januari.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BARU BR1M 2015 atau BRIM 4.0

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM3000 KEBAWAH & RM3000-RM4000

Status Warganegara Malaysia
Kriteria Kelayakan Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan RM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
RM3000 dan RM4000 
Cara Pembayara Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu ( kategori bawah RM3000 )

  • RM300 Januari dan Mei
  • RM350 September

Dibayar sebanyak tiga kali setahun ( kategori RM3000-RM4000)

  • RM200 Januari dan Mei
  • RM350 September

    PENERIMA BR1M KATEGORI BUJANG
    Status Warganegara Malaysia
    Kriteria Individu (Bujang)

    • Berumur 21 tahun ke atas
    Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Kebawah
    Cara Pembayaran Diterima Dibayar sekali gus mulai awal Januari 2015

    Pendaftaran untuk permohonan baru BR1M 4.0 2015 masih belum dibuka buat masa ini , segala perkembangan terbaru akan dikemaskini kemudian.

    Check Also

    BR1M 2016

    Tarikh Bayaran BR1M 2016

    Tarikh Bayaran BR1M 2016. Pasti ramai yang ingin tahu bila bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia …

    2 comments

    1. nak apply la nanti ni.. mula2 dulu dpt.. lepas tu xdpt dah.. hahaha

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *