Breaking News
Home » Uncategorized » Suruhanjaya Pilihan Raya | SPR | Akan Siar Senarai 40,000 Pengundi Meragukan

Suruhanjaya Pilihan Raya | SPR | Akan Siar Senarai 40,000 Pengundi Meragukan

SPR akan pamerkan senarai nama pengundi berdaftar yang meragukan.40,000 senarai nama akan dipamerkan dan sebilangan antara nama itu tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya dan penyiran senarai nama ini dapat membantu SPR membaiki dan mengemaskini maklumat terkini.

Senarai nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.Jadi jika nama anda terlibat pastikan anda tampil ke pejabat SPR bagi membantu SPR mengemaskini maklumat terkini.Ini juga dapat mengelakan masalah berbangkit bila menjelang dan selepas pilihanraya terutama isu pengundi hantu.

Pihak SPR juga menyatakan ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama
pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan.SPR juga ingin memastikan adakah senarai pengundi ini masih hidup atau tidak.

Sisipan Bawah : Sama-sama kita memberi kerjasama jika ada antara senarai itu melibatkan kita atau orang yang kita kenali.Kearah pilihan raya yang lebih telus..nanti jangan pandai bising je itu tak betul..ini salah..itu tipu..bila bab-bab macam ni semua buat tak tahu..huhu..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *