Breaking News
Home » Berita » Surat Nikah Palsu Anak PM

Surat Nikah Palsu Anak PM

Surat Nikah Palsu Anak PM. Berbagai ragam dunia zaman sekarang hasil perkembangan dunia maya yang sememangnya tanpa sempadan. Sampai surat nikah palsu pun boleh disebarkan yang mungkin ada motif tersendiri. Begitulah apa yang berlaku apabila surat perakuan nikah anak Perdana Menteri Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev tersebar.

sijil nikah palsu  Nooryana Najwa Najib
sijil nikah palsu Nooryana Najwa Najib

Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu. Maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk JAWI.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000. Manakala yang asli adalah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran.

sumber mStar

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *