Breaking News
Home » Uncategorized » Suntikan Vaksin Demam Kuning | Pesanan Khidmat Masyarakat

Suntikan Vaksin Demam Kuning | Pesanan Khidmat Masyarakat


Dapatkan suntikan vaksin demam kuning sebelum ke negara berisiko.
Rakyat Malaysia dinasihat mendapatkan suntikan vaksin demam kuning sebelum melawat ke negara yang berisiko mengalami transmisi penyakit itu untuk memastikan negara ini bebas daripada penyakit demam kuning.Mereka yang tiba dari atau sudah melawat negara berisiko kurang daripada enam hari daripada tarikh berlepas serta gagal menunjukkan sijil vaksinasi demam kuning yang sah, boleh dikuarantin untuk tempoh tertentu.Jadi pastikan sebelum ke negara berisiko kita sudah mendapatkan vaksin.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),menyenaraikan 42 negara di Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah sebagai berisiko mengalami transmisi demam kuning.Suntikan Vaksin boleh didapati di 19 pusat vaksin yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan iaitu Bahagian Penyelidikan Virus di Institut Penyelidikan Perubatan; Mont Kiara Medical City, KLCC; Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (Bahagian Kesihatan Primer) di Wangsa Maju; Klinik Kesihatan Putrajaya, Putrajaya,Prince Court Medical Centre Sdn Bhd, Jalan Kia Peng,Gleneagles Intan Medical Centre di Jalan Ampang, Pulau Pinang Port Health Office, Tuanku Syed Putra Building di Jalan Downing; Pejabat Kesihatan Kinta, di Batu Gajah; Columbia Asia Medical Centre, Miri, Sarawak; Pejabat Kesihatan, Jabatan Kesihatan Bahagian, Kuching, Sarawak dan Poliklinik Komuniti Beserah di Kuantan.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Kredit To Bernama

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. demam kuning ? macam penyakit kuning tu ke?

  2. tanks nasihat ni kiz,manalah tahu di lain masa aku nak ke uk plak..hehe…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *