Home » Berita » Sultan Selangor Tidak Berkenan Slogan Kita Lawan

Sultan Selangor Tidak Berkenan Slogan Kita Lawan

Sultan Selangor Tidak Berkenan Slogan Kita Lawan. Kenapakah Sultan Selangor tidak berkenan? Mesti ada sebab kenapa dan mengapa. Mungkin slogan ini tidak sesuai dengan  perkara yang hendak dibuat. Rasanya pendapat Sultan Selangor berkaitan slogan Kita Lawan ini tidak sesuai memang ada benarnya.

Memetik dari laporan BH Online , Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan Kita Lawan untuk kontinjen Selangor yang akan beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016. Ini kerana, titah baginda slogan “Kita Lawan” itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik.

Slogan berkaitan kontijen Sukma Selangor rupanya. Slogan yang dipopularkan oleh sebuah parti politik hendak dijadikan slogan kontijen sukan pula.

MySensasi yang memang banyak menyiarkan artikel sukan dan sentiasa menyokong pembangunan sukan di Malaysia pun setuju dengan pandangan Sultan Selangor. Bukan apa , ini untuk mengelakan salah tafsir oleh orang lain terhadap athlet Selangor nanti.

Sultan Selangor mengingatkan agar semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan baginda menyeru badan-badan sukan, atlet dan penyokong supaya mengetepikan fahaman politik serta tidak membawanya masuk ke dalam pentadbiran sukan.

“Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini,”

Slogan Kita Lawan Selangor SUKMA 2016
Slogan Kita Lawan Selangor SUKMA 2016

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *