Home » Berita » Sultan Johor Pemilik Plat WWW 1

Sultan Johor Pemilik Plat WWW 1

Plat WWW 1 | Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Pendaftaran WWW 1 – Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan nombor plat WWW 1 dengan nilai bidaan RM 520,000.Selain itu Yang Di pertuan Agong turut memenangi bidaan ke atas plat WWW 5 dengan jumlah bidaan RM 220,000.

Tiga lagi pembida tertinggi adalah syarikat One Power International Sdn Bhd bagi nombor pendaftaran WWW 3 dengan harga RM360,000, Aspen Sunrise Sdn Bhd bagi WWW 9 (RM350,000) dan Lim Yan Hai bagi WWW 8 (RM280,500). Nombor pendaftaran WWW 333 menerima bidaan terbanyak iaitu 84 dan dimenangi Titan Pristine Sdn Bhd dengan harga RM110,036. 

Sebanyak 4908 nombor WWW telah dibida.Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima sepanjang tempoh bidaan dibuka dan kutipan hasil daripada pembida berjaya dianggarkan berjumlah RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. Azhafizah[フィザ]

    Huruf cantik tu..memang mahal nak membeli..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *