Breaking News
Home » Uncategorized » Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah | Yang Di-Pertuan Agong Ke 14

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah | Yang Di-Pertuan Agong Ke 14

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bakal mengantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai yang di-Pertuan Agong yang ke 14 bermula 13 Disember 2011.Berikut adalah sedikit info tentang Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena perlantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14.
Sultan Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927.Merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.Sultan Abdul Halim merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford,di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 – kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun,baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra,Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Sultan Abdul Halim akan kembali menerajui negara bermula esok.Semoga dibawah pemerintahan Tuanku,Malaysia akan bertambah makmur dan maju.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. bangga dapat jadi rakyat KEDAH & juga rakyat MALAYSIA…

  2. ∫êℳå ℋiℳå₩åℛï

    saya suka tuanku mizan…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *