Breaking News
Home » Uncategorized » Suami Jadikan Isteri Tebusan

Suami Jadikan Isteri Tebusan

Suami Jadikan Isteri Tebusan. Seorang lelaki di Thailand menjadikan isterinya sebagai tebusan.Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.
Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku.
sumber kosmo / agensi

Check Also

Biodata Intan Najuwa

Biodata Intan Najuwa Drama Kekasih Paksa Rela

Biodata Intan Najuwa Drama Kekasih Paksa Rela. Akhir-akhir ini nama Intan Najuwa mula disebut peminat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *