Breaking News
Home » Info Sukan » Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor

Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor

Stadium Shah Alam Saksi Pertembungan Kedah vs Selangor. Debaran aksi final Piala Malaysia pada 30 Oktober 2016 semakin dirasai. Penyokong Selangor dan Kedah pasti sudah bersedia dalam dari segi mental dan fizikal. 70 ribu penyokong bakal berkumpul di Stadium Shah Alam.

Stadium Shah Alam
Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam tidak perlu diperkenalkan lagi. Antara stadium yang bertaraf dunia dengan keluasan serta kapasiti yang besar. Turut menjadi mercu tanda bandar Shah Alam sendiri. Untuk rekod, perlawanan akhir atau final pertama kali dijalankan di Stadium Shah Alam adalah pada tahun 1994 yang menyaksikan Singapore menewaskan Pahang pada ketika itu. Untuk perlawanan Kedah vs Selangor pada 30 Oktober, ianya adalah final kali ke 10 di stadium kebanggaan rakyat Selangor itu.

Dibawah adalah serba sedikit info berkaitan Stadium Shah Alam.

1- Mula dibina pada 1 Julai 1990 dan telah dibuka secara rasmi pada 16 Julai 1994 dengan perlawanan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi yang membabitkan pasukan Pilihan Selangor menentang kelab Dundee United.

2- Stadium Shah Alam dimiliki oleh Majlis Perbandaran Shah Alam ( MPSA ) dan disewa juga oleh Selangor FA untuk kegunaan perlawanan pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia sejak 1994.

3- Pernah menjadi salah satu venue Pesta Bolasepak Remaja Dunia 1996 dan Sukan Komanwel 1998.

4- Mempunyai keluasan 46,500 meter persegi serta boleh menampung 80,000 orang penonton dalam satu masa.

5- Telah diiktiraf oleh FIFA sebagai sebuah stadium bolasepak bertaraf dunia.

Check Also

Keputusan ASK 2017

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3. Hari ini berlangsung malam kemuncak ASK 2017. Malam yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *