Breaking News
Home » Berita » SPR Terbit Buku Daftar Pemilih: Isu Dan Penjelasan

SPR Terbit Buku Daftar Pemilih: Isu Dan Penjelasan

Suruhanjaya Pilihan Raya Menerbitkan Buku Perjelas Isu Daftar Pemilih – Spr menerbitkan buku yang bertajuk Daftar Pemilih : Isu Dan Penjelasan. Buku ini bertujuan bagi menjawab segala isu yang timbul berkenaan daftar pemilih yang dikeluarkan Spr. Sebanyak 10,000 salinan buku dwibahasa itu diedar kepada beberapa pihak termasuk jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan media di seluruh negara.

Antara isu yang dijelaskan melalui buku ini adalah kewujudan lebih tiga juta pemilih bukan pemastautin, 42,000 pemilih awam yang tidak memperbaharui MyKad masih berada dalam Daftar Pemilih serta maklumat yang tidak konsisten antara pemilih dan kad pengenalan. Turut diselitkan juga dengan isu alamat pemilih yang tidak lengkap, pemilih mempunyai nama serupa dan kadangkala tarikh lahir yang sama, ramai pemilih yang memegang kad pengenalan angka ’71’, ramai pemilih berusia 85 tahun ke atas dan terlalu ramai pengundi pos.

Semoga dengan penerbitan buku ini dapat memberi penjelasan secukupnya mengenai daftar pemilih.

sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *