Breaking News
Home » Uncategorized » Spekulasi Perpindahan Pemain Negeri Sembilan

Spekulasi Perpindahan Pemain Negeri Sembilan

Setelah berakhir Piala Malaysia yang juga penutup liga Malaysia musim ini,ada laporan menyatakan beberapa pemain Negeri Sembilan akan angkat kaki untuk menyarung jersi pasukan lain.Antara nama yang hangat diperkatakan adalah Hai-O atau pun Hairuddin Omar yang mendapat tawaran dari beberapa pasukan Liga Malaysia. Hai-O itu dikaitkan akan menyertai Tentera dibimbing bekas jurulatih negara dan Kelantan, B Sathianathan.Hai-O masih belum membuat keputusan sama ada bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan PBNS atau menyertai pasukan lain. 


Selain itu beberapa tonggak utama juga disebut-sebut bakal meninggalkan pasukan juara Piala Malaysia itu seperti pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus.Tonngak veteran Idris Karim pula meminta pelepasan untuk bermain bersama pasukan negeri kelahirannya Johor.


Apa-apa pun ini sekadar spekulasi.Namun itulah bolasepak profesional,pemain harus bijak tentukan hala tuju demi kerjaya masing-masing.

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *